salwa

Sempena bulan Ramadhan yang semakin hampir, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia akan menganjurkan program amal untuk Ramadhan ini iaitu Fast 2 Feed (F2F). Seperti tahun lepas, orang ramai berpeluang untuk menaja anak-anak yatim atau miskin untuk berbuka puasa bersama-sama.
TUJUAN
Tujuan utama F2F ini adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan berpeluang untuk bergaul dengan anak-anak yatim atau miskin. Istimewanya program F2F kali ini ialah anak-anak pelarian Rohingya juga akan dijemput sekali. Ini bermakna orang ramai bukan sahaja dapat menaja anak-anak yatim, malahan anak-anak yatim dan miskin dari kalangan pelarian Rohingya yang kurang mendapat perhatian dan amat terpinggir.
LOKASI
InsyaAllah lokasi berbuka puasa untuk kali ini akan diadakan di Dewan Al-Malik Faisal di Pusat Asasi UIA Petaling Jaya dengan kerjasama dari kelab Perkim Pusat Asasi UIA. Dijangka program kali ini akan melibatkan hampir 150 orang anak-anak yatim dan miskin ini yang dari Asrama Darul Falah (ASDAF) dan pelarian Rohingya yang kebanyakan menetap di rumah kebajikan Rohingya di Selayang.Sambutan dengan promosi tidak sampai seminggu ini amat menggalakkan dan sudah ramai anak-anak yatim dan miskin sudah ditaja.
HUBUNGI
Kepada orang ramai diluar sana yang ingin merebut peluang ini, boleh hubungi terus pejabat Muslim Aid di 03-22881996. atau email di muhammad@muslimaidasia.com. Semoga dengan tajaan yang kecil ini dapat memberi makna yang besar kepada anak-anak istimewa ini dan mendapat berkat dariNya, insyaAllah.
salwa
ASSALAMUALAIKUM..WBT SAHABAT2...

Alhamdulillah segarnya udara, nyamannya suasana..alhamdulillah diri ini masih diberikan nyawa olehNYA...

sudah 2 minggu semester baru bermula..semester baru maka bermulalah perancangan2 baru bagi pemantapan diri ke arah yg terbaik lagi..terlalu byk tugasan menanti yg perlu dilaksanakan..kekuatan mental, rohani dan jasmani sangat2 di perlukan.ya Allah moga Engkau permudahkan segala2nya agar titian kehidupan ini berjalan di dalam redhaMU...

udah lama x menulis dalam blog, maklum la.wireless xdapat..memerlukan masa untuk online..
salwa
alhamdulillah, aku masih diberi nafas olehNYA..menghirup segarnya udara, indahnya alam..

assalamualaikum..sahabat2 sekelian...lamanya x post kt blog..senyap dan sejuk dah blog..xpe2..kena warm up balik nih..

arini 1st day kt campus..esok kuliyah akan bermula..erm..kena buka minda balik ni..dah lama sngat cuti..rasanya cam liat sikit nk mula study...

alhamdulillah untuk result praktikal...:-) terima kasih semua...:-)

erm..report ke MAA x anto lagi ni...:-(