salwa
ALHAMDULILLAH...ku masih diberikan nyawa olehNYA untuk meneruskan perjuangan kehidupan..
LAPORAN
tugasan hari ini, aku stay at ofis untuk menyiapkan saki baki tugas yang perlu di siapkan.rancangan untuk petang ni adalah untuk ke Flat Sri Pahang untuk mempromosikan dadih..
kami ke sana dalam pukul 3.45 pm..tempat untuk menjual dadih di buka pada pukul 4.30 pm..sengaja kami ke sana awal untuk membuat persiapan menjual dadih..kami menghadapi sedikit masalah tempat..kerana pada hari sabtu nanti dekat Flat Sri Pahang akan diadakan satu even..so, para AJK event sedang membuat persiapan..kanak2 tidak dibenarkan bermain di kawasan tersebut kerana kerja2 pemasangan khemah sedang dilakukan....
erm...to be continued...:-)
|
salwa
Alhamdulillah segarnya udara pagi ni...ALLAH swt bangkitkan ku dari tidur yg lena..:-) masih mampu untuk ke kecapi nikmatnya yang tidak terhingga...Alhamdulillah...
AQIQAH MUSLIM AID
Semalam, tugasan aku adalah untuk mempromosikan aqiqah muslim aid ini bertujuan untuk memberitahu public people untuk melaksanakan aqiqah adalah amat mudah dan senang...ia bertujuan membantu mereka yg ingin melaksanakan ibadah aqiqah tetapi mempunyai masa yg sangt limited..jadi antara salah satu cara melaksanakan ibadah aqiqah disamping membantu mereka yg kurang berkemampuan adalah dengan menyertai aqiqah muslim aid..untuk makluman lanjut, boleh lah menjengah ke laman blog aqiqah muslim aid.
AS-SABR
Antara projek lain,aku dan 2 orang kawan diberi tugasan untuk melaksanakan projek micro enterprise untuk membantu keluarga OKU memasarkan hasil mereka...sahabat2 dan rakan2 seperjuangan..untuk ini, kami memerlukan kekuatan mental dan ketabahan hati untuk deal dengan orang kurang upaya...untuk berhadapan dengan mereka, kita kena selami dan pelajari cara mereka berfikir, gaya hidup mereka, macamne emosi mereka...bila kita mempunyai knowlegde n tips how to deal with them..ia memudahkan proses interaction dengan mereka...ape yang penting, kesabaran dan ketabahan amat2lah diperlukan....:-) bersabarlah....kita xkan rugi sedikit pun jika kita bersabar...cuma nak didik hati untuk bersabar, ianya memerlukan kesungguhan...Sabar juga termasuk dalam erti istiqamah. Dengan lain kata,berterusan melakukan sesuatu tugasan atau usaha adalah sebahagian tanda bersabar. Banyak kejayaan hanya dicapai dengan melakukan secara berterusan.
Menurut pandangan Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, sabar membawa maksud menanggung segala kesukaran fizikal dan meneruskan usaha apa yang dilakukan. Sabar juga membawa makna menahan segala kehendak nafsu yang ada dalam diri manusia.
Memang perkataan sabar mudah disebut, tetapi sukar untuk dilaksanakan, melainkan orang yang teguh imannya. Setiap dugaan dan halangan perlu ditempuhi dengan reda dan penuh keinsafan. Setiap kesusahan yang dihadapi sudah pasti ada hikmahnya. Firman Allah bermaksud:
“Hanya orang yang sabar akan disempurnakan pahalanya tanpa kiraan.”
(Surah az-Zumar, ayat 10).
|
salwa
APPROACH
Alhamdulillah..bersyukur padaMU ya ALLAH kerana memberi peluang buat diri ini untuk mengecapi nikmat sihat, nikmat kehidupan, dapat merasai segarnya udara yg ENGKAU anugerahkan..untuk laporan semalam, aku bersama Nisa ditugaskan untuk survey kiosk di Hospital Universiti (PPUM) bagi mendapat information untuk membantu Encik Faizir sekeluarga mendapatkan tempat untuk memasarkan dadih..Alhamdulillah.ALLAH swt memudahkan perjalanan kami dan urusan kami walaupun pada awalnya agak sukar jugak untuk approch owner kedai..almaklum la, xpandai nk approach..makna kata, Public relation x develop lagi..hehe..tapi, aku cuba mengumpul kekuatan untuk approach owner kiosk..Alhamdulillah dapat berjumpa dengan Managernya Cik ROSMALIZA...dia memeberi guidelines untuk proses application..sbbnya untuk memasarkan barangan di Hospital atau di mana2 sekalipun, beberapa perkara perlu ditapis seperti expired date untuk barangan tu, berapa beratnya dsb..kami mengucapkan jutaan terima kasih kpada Cik Rosmaliza atas kerjasama yg diberikan..
MINDA BERFIKIR
semasa mula2 diberi tugas untuk ke hospital, aku berfikir...macamne ni nk p hospital..aku ni orang yg paling takut untuk ke hospital..sakit sikit2 buat donow je...:-) aku bukan ape, aku takut dengan kemungkinan yg berlaku..macamne tiba2 ambulans yang membawa mangsa accident yg penuh dengan darah,kepala pecah, dan macam2 lagi lah yg bermain di fikiranku,ambulans tu berenti tepat2 di depan ku..terasa macam pengsan kt situ jugak rasanya...hehe.... tiba di perkarangan hospital aku tengok kiri dan kanan..ada pesakit yg patah tangan, patah kaki, berkerusi roda, lemah badannya...senyuman yg mereka ukirkan jugak terasa sgt hambar ( aku tau, dia sakit, nk senyum pun xlarat) di sudut hujung bangunan, ada yang menagis..sedangkan mereka dah dewasa..nape ya..??mungkin ada ahli keluarga dan orang yang tersayang yang sakit atau pun..erm...wallahu'alam..dalam memerhati mereka, di mindaku berfikir...Ya ALLAH...nikmatnya sihat..ENGKAU memberiku nikmat sihat..tapi mereka, mereka sakit..nak makan xde selera, emosi terjejas dsb...mungkin hari ini aku sihat..tapi esok lusa...wallahu'alam...moga2 ALLAH memberiku kesihatan yg baik untuk ku hadapi hari2 yg mendatang..
SAKIT DAN SIHAT
sakit jugak adalah salah satu tanda yang ALLAH swt sayang dan kasihkan kita..sebab ape...??nape bila ALLAH swt sayangkan kita, dia berikan kita sakit, bukan sihat...?? sebabnya sahabat2...kita akan menghargai nikmat SIHAT bila kita SAKIT..kita akan terasa YA ALLAH...alangkah bahagianya bila dapat berjalan tanpa menggunakan tongkat..dapat makan dengan selera, bermain bersama kawan2, bergembira dengan keluarga dsb...kita kan merasa semua nikmat tu, bila kita rasa SAKIT..percayalah sahabat2 semua, kita JARANG bersyukur bila kita dikurniakan dengan nikmat SIHAT...bila kita SAKIT..kita akan terasa semua nikmat2 di kala kita sihat...ALLAH SWT maha mengetahui tentang hamba2NYA..sebb itu diberinya kita KESAKITAN untuk kita MENSYUKURI NIKMATNYA KESIHATAN....disini, bukan saya meminta untuk sahabat2 memohon kepada kesakitan sbb bila sakit baru nk bersyukur..bukan itu maksud yang saya maksudkan...yg sy maksudkan..semasa kita SIHAT atau SAKIT...BERSYUKURLAH...sebabnya hya DIA yg Maha Mengetahui ape yang tidak ketahui...
PERINGATAN
Lantaran itu, ingin kuingatkan pada diriku dan sahabat-sahabat, hargailah kesihatan yang baik anugerah Allah ini. Dalam pada yang sama, usah dilupa pada yang sakit kerana kesihatan dan kesakitan adalah merupakan ujian pada diri ini. Usah fikir kesihatan anugerah Allah yang berterusan adalah lesen pada kita untuk merasa megah dan memandang rendah pada individu yang kurang sihat dan lemah.
Ya Allah, LINDUNGILAH diri ini dari perasaan riak pada kesihatan yang baik dan perbuatan berkeluh kesah bila diuji dengan kesakitan.....
|
salwa
Alhamdulillah kerana memberiku peluang untuk menghirup udaraNYA lagi...:-) untuk tugasan semalam, seharian aku stay at ofis menyiapkan tugasan yg x settle lagi....Alhamdulillah at the end...siap da untuk tugasan semalam..:-)
CEPATNYA MASA
bila direnung dan dihitung, masa sekarang dirasakan teramat cepat berlalu..terasa baru je melaporkan diri kt tempat practical ni...tgk2 dah masuk minggu ke-3 dah...cepatnya...erm..putaran masa semakin hari semakin cepat...teringat satu kata2.."al-wajibat akthar minal awqat" yg bermaksud, kewajipan atau tugasan lebih byk dari waktu yg kita ada...erm..bila memikirkan pasal masa atau waktu, ianya berkait rapat dengan nyawa kita...kenapa ya..?masa dan nyawa..?kenapa masa dikaitkan dgn nyawa bukan dengan harta atau sebagainya...??....:-)
ANUGERAH
Antara anugerah yg paling berharga dan nikmat yg x terhitung yg ALLAH SWT berikan untuk kita adalah NIKMAT NYAWA (hidup)..dengan nyawa yg diberikanNYA, kita mampu meneruskan kehidupan seharian sbgai hambaNYA. Nyawa ini sangat berharga kerana ia adalah “modal” untuk meraih keuntungan di dunia dan di akhirat. Untuk menghargai nyawa sbb itula kita disunatkan berdoa dengan doa ini selepas bangun dri tidur:
“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”
Doa ini secara langsung mengingatkan kita tentang nikmat hidup. nikmat hidup yg diberikan oleh ALLAH SWT teamat byk dan tidak terhitung..Tanpa nikmat hidup, kita tidak berpeluang untuk membuat kebaikan, meraih pahala dan seterusnya mendapat syurga.
TUAIAN
Ingatlah, hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya hari hari Akhirat. Kebaikan di akhirat tidak akan dapat diraih tanpa kehidupan di dunia kerana dunia ini adalah tempat untuk kita bercucuk tanam...ape?? bercucuk tanam...??sahabat2 sekalian, bukan bercucuk tanam sayuran atau buahan yg dimaksukan disini...bercucuk tanam disini merujuk kepada amal dan perbuatan kita( AMAL IBADAH). tanamlah sebanyak mana amal dan ibadah di dunia ini, dan TUAIANnya adalah di AKHIRAT nanti..beruntunglah buat mereka yg banyak menanam amal dan ibadah di dunia ini..dan alangkah ruginya bagi mereka yg tahu dunia ini adalah tempat sementara, tetapi tidak bersiap sedia untuk menghadapi tempat yang kekal selamanya..Justeru, sahabat2 sekalian, bersama2lah kita mengingatkan diri sendiri dan berpesan2 sesama kita...agar nyawa kita x dihabiskan dengan perkara yang sia2 dan melalaikan..isilah masa yang hnya tinggal beberapa saat dan detik ini untuk kita sama2 meraih cintaNYA dan redhaNYA..
|