salwa
SALAM...SAJE KONGSI KEINDAHAN BUNGA CIPTAAN ALLAH SWT :-)
LAWA DAN CANTIK KAN...SUBHANALLAH....



BUNGA SAKURA
MAWAR PUTIH :-)
MAWAR PINK






RENUNGKANLAH CIPTAAN NYA...:-)

























salwa
Assalamualaikum..wbt..

Alhamdulillah,syukur padaNYA kerana diri ini masih diberi nikmat iman dan Islam...dan masih boleh menghirup segarnya udara pagi..
semester baru bermula...diperkenalkan dengan madah2 baru...just for sharing moment:


1. SOCA 4540 : ISLAMIC PERSPECTIVE OF SOCIOLOGY AND ANTHROPOLOGY
~lecturer memberi gambaran ringkas untuk subject ni..:-) secara ringkasnya, subjek ni lebih kepada islamization of knowlegde..sebabnya banyak ilmu yang belajar dari western perspective..jadi amat penting bagi kita untuk tahu kedua2 ilmu ni..Prof bagi sedikit lecture n saya nk kongsikan bersama.ilmu adalah sesuatu yang kita dapat bilamana dengan adanya ilmu ia dapat memebetulkan sesuatu yang x betul..cthnya bila kita ada ilmu memasak..kita mampu memasak dengan sedap dan enak..hehe just contoh..kalau kita xde ilmu untuk memasak, usahkan nak memasak..nk memegang sudip pun xbetul..

~subjek ni juga ada berkaitan dengan ilmu sains.ilmu sains terbahagi kepada natural science n human sciences..natural sciences lebih kepada ilmu yang berkaitan dengan kaian saintifik..cthnya camne nak buat kapal terbang, nak buat alat2 teknologi dsb..many people use to think that if natural sciences cab built aeroplane, computer, ant other technological devices in the world..how about human sciences??what are the things that they used to develop???erm...ape ya...?actually, human sciences is the most important aspect that people have to know it..because human sciences deal with human being...maksudnya fokus sains kemanusiaan adalah insan, manusia dan seumpama dengannya..untuk ape..???sekiranya modern societies belajar human sciences untuk develop society in material aspect but in ISLAM...ilmu sains kemanusiaan adalah untuk mendekatkan diri manusia sebagai khalifah Allah swt..untuk menjadi the real servant of Allah swt...TO KNOW THE REAL PURPOSE OF LIFE WHICH CONCERN WITH BOTH SPIRITUAL & MATERIAL ASPECTS.
salwa
Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuhNan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa

Engkau sedia maklum,Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yg diimpi,
Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangijuga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,Temanmu ar-rijal juga begitu..
Tetapi temanku an-nisa

Ketahuilah engkau,Bercinta itu fitrah,
Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinyaKeranaNya,Engkau tak kan bisa,Melunakkan soutul engkau,Engkau tidak kan bisa,Melemparkan panahan menggodamu,Kerana engkau tahu,Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!Dan engkau mengetahui,Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,Namun nafsu itu sentiasa beraja,Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsuitu,Nafsu raja yg menggila!Kerana engkau tahu sahabatku an nisaDia kan terjerumus ke dlm api yg membaraAndai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,Cintailah ia keranaNya,Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,Engkau tidakkan bisa,Mengajaknya bermukah di taman sepi,Kerana engkau tahu,Dia punya 9 nafsu, 1 akal,Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?Andai engkau mengasihinya kranaNya,Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yg ringan-ringan,Kerana engkau tahu,Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?Zina tempatnya di api yg menjunam?Apakah engkau benar mengasihinya,Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa...

Sahabatku ar-rijal...
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?Bercinta tak salah,Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..Sedikit cuma..
Andai Dia yg engkau dahului,Engkau takkan gelisah,

Andai dia tidak mengirim sebarang sms,Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupamengatakan I love you.Kerana engkau percaya..DIA yg terbaik..

Lantaran DIA yg terbaik DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,
Dan andai dia yg terbaik untukmu,DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yg terbaik buat kalianKalau ada jodoh tak ke mana..Yakinlah!Apakah benar engkau meyakini takdirNya?


Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,
Aku menegur yg mana mampu,Kerana aku takut,Andai aku tidak menegurmu,Kita kan sama2 meredah lautan api,,,Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!Nauzubillah min zalik

Sama2lah teman

Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepasCintailah IA,Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA..
Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.ALLAHualam.

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dlm hatimu,Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kpdNYAEngkau akan gelisah andai DIATidak mendengar rintihanMu,Engkau kan rinduAndai DIA tidak memandangmu,Engkau kan tak keruan andaiDoamu ditolak..Dan itulah cinta hakiki..Kerana engkau yakinDi sana adanya sebuahPertemuan di taman Syurga yg Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..Dan Engkau akan merasakanErti bercinta yg sebenarInsya ALLAH!!


Labels: 0 comments | | edit post
salwa
salam..sahabat-sahabat seperjuangan..
cerita yang kedua berkaitan dengan putaran kehidupan yang mesti ditempuhi oleh insan yang bertuah yang dipilih olehNYA..erm...bermulalah alkisah..hehe
disuatu petang yang damai..macam intro ape plak..suatu ptg, aku berjumpa dengan seorang kawan..sedih je muka dia..macam ada sesuatu yang dipendamnya..aku bertanya..ada ape2 yang boleh ditolong..?dia tersenyum hambar..erm..ada problem rupanya...time2 exam biasalah, stress cikit katanya..dia start meluahkan rasa yang terbuku..erm..rupa2nya masalah dia adalah disebabkan expectation daripada family yg terlalu menginginkan anaknya berjaya dalam pelajaran rupanya..yang bejaya dapatkan CGPA 4.0..tapi anaknya bukan yang macam parents inginkan..bukan dia x usaha untuk dapatkan...tapi x dapat nak wat camne..dalam keluarganya, semua berjaya..adik beradik semua dapat best award at the university..sedangkan dia hanya dapat maintain dalam lingkungan CGPA 2.---je..dia rasa tertekan yang amat sangat..dia rasa macam diri xberguna untuk family..erm..semangat dia untuk study hilang..tertekan dan ditambah dengan beberapa masalah yang lain..dugaan untuknya..sebenarnya time-time exam macamni..dia memerlukan seorang teman untuk diluahkan masalah yang terbuku dihati..alhamdulillah setelah meluahkan, dia kelihatan ok cikit..walaupun time bercerita sedu sedan dia nangis...memang perempuan sukar di pisahkan dengan airmata :-) sebenarnya dalam hal ni, conflict happens diantara dirinya dan expectation from parents..dia kena kuatkan semangatnya untuk cuba lagi yang terbaik..sekiranya xdapat jugak..berserah..concept usaha + tawakkal sangat penting dalam hal ni..dan keupayaan dia menerangkan kepada parents..
sabar ya sahabat dalam hadapi dugaan ni..moga2 ALLAH tabahkan hati awk...:-)
salwa
ya ALLAH, bersyukur aku masih lagi diberi nafas menghirup segarnya udara ciptaanMU udah lama rasanya x menulis di blog ni..erm..nak kata sibuk, xdela sangat..kesibukan yang sementara....

pejam celik, pejam lagi dan celik lagi..begitulah peranan mata hingga tibalah waktu dan saatnya akan dipejam selama2nya...hya DIA yg Maha Mengetahui bila masa dan ketikanya..lebih kurang 3 minggu musim exam, semua kawan2 mengadu..tension nya..penatnya..stressnya...erm..sabar ya sahabat2..kejap je ujian ni..ni belum lagi ujian dariNYA...insyaALLAH..kita sama2 buat yg terbaik ya..

dalam musim exam la byk ujian mendatang, dugaan yg perlu ditempuhi..dah pun namanya ujian dan dugaaan..baru-baru ni, kawan lama call bertanya kabar..terkejut jugak dengar kabar dari dia..dia dicaci dan dihina bagaikan kain buruk macam orang xde hati dan perasaan oleh teman-teman sendiri.."sy pun ada hati dan perasaan,sy tahu walaupun saya cacat, tapi sy ada hati dan perasaan jugak sama macam orang normal"..luahnya diselang seli dengan tangisan..ya ALLAH, DIKAU tabahkan hatinya ya ALLAH...dia pun in the period of examination..tapi xdapat nak concentrate pada study dengan problem yg macam ni..mungkin pada pembaca menganggap problem ni adalah yg biasa-biasa je, xberat pun, normal la..tetapi bila kita letakkan diri pada situasi dia dan faham perjalanan hidup dia..agak berat masalah dia..sampaikan dia sendiri buat pengakuan dah xnak hadapi hidup, mati lebih senang..ya ALLAH, KAU peliharalah iman dia, agar x tersasar ya ALLAH..biasalah, perempuan bila sedih, cepat aje dia nangis dan fikir yang bukan-bukan..dan kadang-kadang dengan tangisan dan luahan, mampu release kan tekanan dan problem yang dia hadapi..erm..dah dapat kata motivasi dan semangat sikit, ok lah dia..disinilah pentingnya peranan kawan dan sahabat menemani..moga2 ALLAH tabahkan hatinya dalam meneruskan kehdupan ari esok..insyaALLAH..

the 2nd story..erm..insyaALLAH akan datang...

SALAMUNNAJAH N SALAM IMTIHAN SAHABAT2 PERJUANGAN...
MAAFKAN DIRI INI ATAS SILAP DAN SALAH...
salwa

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal

think about it..:-)
Labels: 0 comments | | edit post
salwa
Duhai Gadis …

Gadisku… sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu, namun … tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!! duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku… aku suka kau sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt… hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’, bibirmu dengan tilawatilqur’ an dan zirullah, matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan langit, telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan ma’rifat kepadaNya, akalmu tafakkur dan tadabbur setiap bait2 Kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Wajhullah Taala…

Iangatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya dengan pandangan nfsu dan syahwat melainkan bertambahnya keiamanan salah seorang antara mereka. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah… umpama mutiara yang di dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…

Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insane yang bernama Adam. Namun …. ianya memerlukan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi title gadis yang kau miliki, sudah pasti darah mudamu mencaar rasa keimanan yang ada.

Maka ingatlah wahai gadisku bahawa sesiapa yang ingkarkan kebaikan maka Allah akan memudahkan jalan2ke arah itu, yang penting engkau mesti berharap hanya kepada Allah dan istiqamah dalam riadhah mujahadah dirimu itu.

Gadisku… aku adalah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan kaum lelaki… seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu… sesungguhnya Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita”.

salwa
Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba :-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya:
1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan.
2. Sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia.
3. Renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia.
4. Tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia.
5. Tutup kipas/air cond.

Tapi kalau still tak ada effect:
1. Jerit nama dia kuat kuat.
2. Gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit.
3. Simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang.
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam.
5. Goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!.
6. Jerit api! api! api!.
7. Letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bagi ambik bau sikit.

Tapi kalau still tak ada effect gak:
1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali.
2. Pergi kat dia, baca je surah yaa sin!.

Tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir: 1. Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya.
Labels: 0 comments | | edit post
salwa

al kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yg mendapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalanya itu.

lalu di tanya pada anak-anak semua, "adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti."

lantas menjawab anak, "mana mungkin kami sanggup menjaga mu wahai ayah. kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat."

selang keesokan di panggil semua adik beradiknya. dan beliau berkata, "wahai adik-adik ku sekelian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelahaku mati nanti.bersama selama 40 hari di dalam kubur yg ku hias indahseperti banglo mewah ini. dan aku juga akan memberi setengah dari hartaku kepada di antara kamu yg sanggup bersama ku."

adik-adiknya pun menjawab, "wahai abang ku adakah engkau sudah gila manamungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikanpula di dalam tanah."

lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin di teman di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Di panggil setiausahanya supaya di warwar di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

dan akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali kerahmatullah. kuburnya di hias indah dan di gali seperti sebuah banglo di dalam tanah yg mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

dan pada waktu yg sama seorang tukang kayu yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu di beritahu kepada isterinya apakah aku perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

isterinya berkata, "wahai suami ku apa la sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari di bandingkan kerja-kerja mu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. lagi pun makanan disediakan."

tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

keesokan harinya di kebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama.

si tukang kayu tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah mungkar dan nangkir ke dalam kubur tersebut. si tukang kayu yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.

terfikir difikiran nya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan di soal oleh mungkar dan nangkir. tetapi sebaliknya yang berlaku.

mungkar dan nangkir telah menuju kearahnya dan lalu berkata, "apa yang kau buat di sini?"

"aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya." kata tukang kayu.

"apa harta yang kau ada sekarang?"

"aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki."

"dari mana kau dapat kapak ni?"

"aku membelinya."

lalu hilanglah mungkar dan nangkir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

hari kedua di tanya pula, "apa yang kau buat dengan kapak ni?"

"aku menebang pokok untuk di jadikan kayu api untuk di jual." balas tukang kayu.

hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut, "pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni kat hutan?

"mana ada orang punya pokok?" balas si tukang kayu.

"adakah kau pasti?" lalu hilang lagi mungkar dan nangkir

hari ke empat, "adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukuran nya dan beratnya sama untuk di jual?"

"aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata," kata tukang kayu.

lalu hilang dan muncul mungkar dan nangkir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.

dan di hari terakhir ke40 datanglah mungkar dan nangkir sekali lagi bertemu dengan tukang kayu tersebut. berkata mungkar dan nangkir, "hari ini hari terakhir aku bersama mu buat seketika tp aku akan bertanya pasal kapak ini.

belum sempat mungkar dan nangkir menyoal beliau, si tukang kayu tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut. lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadiran nya untuk keluar dari kubur tersebut.

si tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.

sampai di rumah, lalu si isteri berkata, "wahai suami ku di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut."

maka jawab si tukang kayu, "aku tidak mahukannya lagi. sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. tapi apa yang di soal mungkar dan nangkir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. bagaimana dapat aku menjawabnya."


THE MORAL OF THE STORY:MUHASABAH DIRI SENDIRI..:-)

salwa

Sempena bulan Ramadhan yang semakin hampir, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia akan menganjurkan program amal untuk Ramadhan ini iaitu Fast 2 Feed (F2F). Seperti tahun lepas, orang ramai berpeluang untuk menaja anak-anak yatim atau miskin untuk berbuka puasa bersama-sama.
TUJUAN
Tujuan utama F2F ini adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan berpeluang untuk bergaul dengan anak-anak yatim atau miskin. Istimewanya program F2F kali ini ialah anak-anak pelarian Rohingya juga akan dijemput sekali. Ini bermakna orang ramai bukan sahaja dapat menaja anak-anak yatim, malahan anak-anak yatim dan miskin dari kalangan pelarian Rohingya yang kurang mendapat perhatian dan amat terpinggir.
LOKASI
InsyaAllah lokasi berbuka puasa untuk kali ini akan diadakan di Dewan Al-Malik Faisal di Pusat Asasi UIA Petaling Jaya dengan kerjasama dari kelab Perkim Pusat Asasi UIA. Dijangka program kali ini akan melibatkan hampir 150 orang anak-anak yatim dan miskin ini yang dari Asrama Darul Falah (ASDAF) dan pelarian Rohingya yang kebanyakan menetap di rumah kebajikan Rohingya di Selayang.Sambutan dengan promosi tidak sampai seminggu ini amat menggalakkan dan sudah ramai anak-anak yatim dan miskin sudah ditaja.
HUBUNGI
Kepada orang ramai diluar sana yang ingin merebut peluang ini, boleh hubungi terus pejabat Muslim Aid di 03-22881996. atau email di muhammad@muslimaidasia.com. Semoga dengan tajaan yang kecil ini dapat memberi makna yang besar kepada anak-anak istimewa ini dan mendapat berkat dariNya, insyaAllah.
salwa
ASSALAMUALAIKUM..WBT SAHABAT2...

Alhamdulillah segarnya udara, nyamannya suasana..alhamdulillah diri ini masih diberikan nyawa olehNYA...

sudah 2 minggu semester baru bermula..semester baru maka bermulalah perancangan2 baru bagi pemantapan diri ke arah yg terbaik lagi..terlalu byk tugasan menanti yg perlu dilaksanakan..kekuatan mental, rohani dan jasmani sangat2 di perlukan.ya Allah moga Engkau permudahkan segala2nya agar titian kehidupan ini berjalan di dalam redhaMU...

udah lama x menulis dalam blog, maklum la.wireless xdapat..memerlukan masa untuk online..
salwa
alhamdulillah, aku masih diberi nafas olehNYA..menghirup segarnya udara, indahnya alam..

assalamualaikum..sahabat2 sekelian...lamanya x post kt blog..senyap dan sejuk dah blog..xpe2..kena warm up balik nih..

arini 1st day kt campus..esok kuliyah akan bermula..erm..kena buka minda balik ni..dah lama sngat cuti..rasanya cam liat sikit nk mula study...

alhamdulillah untuk result praktikal...:-) terima kasih semua...:-)

erm..report ke MAA x anto lagi ni...:-(
salwa
ALHAMDULILLAH...diri ini masih dberi nafas olehNYA untuk meneruskan amanah yg dipikul...

alhamdulillah...da settle tugasan kt campus...esok balik kg..alhamdulillah......:-)
cuti selama sebulan..jadi lama jugak la x dapat online..buat sahabat2 dan rakan2 seperjuangan..teruskan perjuangan kalian ya...:-)

tugasan di kampung menanti...:-)
dikampung, banyak jugak program yang kena disertai..
antaranya program motivasi untuk pelajar pimpinan sekolah...diadakan pertengahan bulan jun.
program nisa' untuk warga emas yang bertemakan "senyumanmu kebanggaanku"-insyaallah next saturday.
program LAMEGA (lambaian menara gading) untuk pelajar form 4 & 5...
dll...
moga2 dapat menyumbangkan sesuatu untuk adik2 pelajar...

doakan ya sahabat2...
insyaallah for update, jika masih diberi nafas dan nyawa olehNYA, kita jumpa lagi di bulan julai...insyaAllah..

jutaan terima kasih buat sahabt2 dan kawan2 seperjuanagn dan jutaan kemaafan di pohon....
salwa
ALHAMDULILLAH...aku dihidupkan lagi dalam nikmat Islam dan iman..

LAPORAN
walaupun dah hampir 5 hari dah selesai practikal kt ofis Muslim Aid, tetapi tugasan harian tetap berjalan macam biasa..alhamdulillah hari ni dapat bangkit di awal pagi dikala embun2 menebarkan titisan jernihnya ke bumi..segarnya udara kala dinihari...:-)
seawal pagi, aku membuka laptop untuk menyiapkan tugasan praktikal..alhamdulillah hampir complete walaupun masih ada byk lagi kekosongan yg perlu di isi..kalau dapat siapkan seawal mungkin, boleh buat kerja lain plak...tugasan sentiasa menanti...banyaknya tanggungjwab kita berbanding dengan waktu yg kita ada...

IBU
after lunch, aku ada sedikit diskusi dengan mak guard yg menjadi teman setia berkongsi suka dan duka..:-) alhamdulillah, byk luahannya yg dapat dijadikan pengajaran dan sempadan buat diri yg serba kekurangan ini...dia bercerita tentang semangat seorang ibu....katanya, salwa, dalam dunia ni,walaubagaimanpun keadaan kita, hanya ada dua orang je yg x pernah cemburukan kita dan sentiasa mahukan yg terbaik utk kita..hya 2 orang je..dia bersuara IBU dan GURU adalah orang yg sentiasa mahukan yg terbaik utk kita dan x pernah cemburukan kita..Ibu adalah orang yg sentiasa kita bawanya kedalam hati dan minda kita...dia bercerita semnagt seorang ibu untuk melihat anak2 berjaya...dengan ape cara pun, si Ibu akan bertungkus lumus menyediakan ape yg termampu untuk kebaikan si anak..ya Allah..besarnya pengorbanan ibu..kita x kan dapat merasakan pengorbanan tulus itu sehingga kita sendiri mempunyai anak n family sendiri..malah, itu pun xkan menyamai pengorbanan yg telah ibu berikan...erm, sahabt2, kwan2 seperjuangan, kata2 yg dilafaz adalah mudah berbanding dengan ape yg kita bakal lakukan...harapan...hargailah ibu kita,sayangilah ibu kita dalam doa dan amal..:-)
salwa
ALHAMDULILLAH....MASIH MAMPU UNTUK MENGECAPI SEGARNYA UDARA CIPTAANNYA....

rindunya nak menulis kt blog ni....lama sangat rasanya x posting kt blog....
kerja bertimbun2 nak kena disiapkan...ada 2, 3 cases yg kena selesaikan..ya Allah berikan ku kekuatan untuk mengahdapi semua ini...
erm...report praktikal in progress....nak kena siapkan within this week....
salwa

ni gambar dadih yg terbaru..:-) berperisa strawberi and jagung...


salwa
Alhamdulillah...segarnya udara ciptaanMu ya ALLAH..

2hari aku x update aktiviti harian..erm..time cuti...cuti sungguh...hehe :-)
semalam, kt mahallah xde elektrik...lama jugak...stat kul9 pagi sampai kul 1.30..erm..dapat merasakan betapa panasnya cuaca..bersabarlah.erm..nikmatnya terasa bila kipas berpusing kembali...at least xla terasa sgt panas..

SAD & HAPPY
Tinggal 3 hari lagi hari bekerja..atau time praktikal..terasa sedih pun ada....happy pun ada..xtau nak gambarkan macamne..sedih bila nak tinggalkan staff2 yg terlalu baik hati...yang banyak membantu, yg x jemu2 menunjuk ajar....happy plak bila dah habis praktikal, nak balik kg..dah lama xbalik kg..rindunya kt mak ayah, jiran2, sepupu sepapat, dengar kicauan burung, kokokan ayam, kanak2 riang ria bermain depan umah...wah...rindunya.....

PLAN
Setelah abis praktikal..dapat la aku cuti sebulan lebih2 cikit..erm, terlalu banyak perancangan nak kena buat ni...untuk time cuti ni, ada 5 program yg aku kena attend as facilitator..erm..byk jugak tu..erm..tgh merancang samaada nak terima semua, atau pilih yg mana terdekat je..byk program tu dibuat di luar daerah, ada jugak di luar negeri..erm..sebenarnya misi yg penting masa cuti ni, nak kena jaga nenek yg x sihat...tu perkara paling utama..bola lagi nak berbakti pada nenek...nenek dah tua dah..nak bergerak pun susah, cian nenek..waktu muda2 dulu, dia sangat aktif bekerja membesarkan anak2...

Perancangan kedua adalah menerima tawaran guru tuisyen anak jiran yang bakal menduduki SPM,PMR dan UPSR...erm..mudah2an dipermudahkanNYA...sebelah malam plak..kena mengajar anak2 jiran belajar quran..setakat ni hampir 25 orang jugak anak2 jiran yang datang mengaji kt umah pada sebelah malam..kesian mak kena ajar sorang2 sekarang..paling kurang, bika aku dapat balik umah, ringanla sikit beban mak...
salwa
Alhamdulillah...aku masih lagi bernafas...:-) bersyukur atas nikmat kurniaanMU ya ALLAH...

Semalam aku stay at ofis....siapkan keje yang mana patut...pagi semalam Encik Faizir datang ofis untuk hantar dadih untuk dijadikan sample...semalam Encik Faizir bawak dadih berperisa jagung, strawberi, durian..erm...best nya dadih semalam...byk jugak makan...:-) erm...sedap la...

Kami memperkenalkan Encik Faizir dengan Tokey kedai kt bawah...tokey kedai bawah yang sangat baik hati menerima dadih untuk dipasarkan di kedainya..bermula next week..:-)

Setelah abis ofis hour, aku n the gang bersiap untuk balik...erm...gelapnya cuaca..seakan bakal mencurahkan airnya ke bumi sedikit waktu lagi...kami berharap agar x hujan lagi kerana kami xbawa payung pun...

Alhamdulillah setelah naik lrt hujan baru turun..ku sangka hujan yg biasa2 je,..tapi bila sampai di terminal putra, hujan bertambah lebat...macamne nak balik ni..nasib baik la kawan aku menumpangkan aku balik ke campus...ALHAMDULILLAH...setiba di kampus, aku sekali lagi di kejutkan, dengan banjir kilat...erm...UIA banjir....bila tya rumate..dia bgtau yang hujan dah lama dah..hampir sejam...patut la banjir pun...
salwa
alhamdulillah...bersyukur kerana masih dibangkitkan untuk menjalani kehidupan seharian..:-) semalam ngantuknya kt ofis...maklum la hujan turun dengan lebat sekali...udah lama rasanya x hujan..cuaca yang terlalu panas berubah jadi sejuk seketika..nak balik campus pun terkena tempias ujan..nasib baik kena cikit je..kalau x..mungkin demam..dah lama x kena hujan..badan pun rasa lain macam je..panas sejuk jadinya.. tugasan semalam, just stay at ofis je..disebabkan x dapat wireless, aku spent masa dengan key in data2 nama peserta untuk Qurban For Life...erm..Belajar menaip kononnya..Alhamdulillah settle jugak kerjanya...semalam jugak edit proposal Encik Faizir..dan berjaya juga menyiapkan...alhamdulillah....:-)
salwa
ALHAMDULILLAH....:-) masih bernafas lagi dan dapat menghirup segarnya udara ciptaanNYA...

laporan harian untuk tugasan semalam..aku bersama2 student practical UM melawat ASDAF...perjalanan untuk sampai ke sana agak tough jugak sebab jalannya memang agak berbahaya dan agak sunyi..sesampai di sana..aku sangat kagum dengan environmentnyakerana dipenuhi dengan hijaunya tumbuhan..kiri kanan, depan belakang ada banyak pokok...amat tenang dan damai sekali kawasan persekitarannya...kami diberi sedikit taklimat tentang ASDAF oleh Encik Latif atau familiar di panggil 'ayah' oleh penghuni asdaf..erm....melalui cerita yang disampaikannya...anak2 asdaf sangat berbeza dengan anak orang melayu...dari segi pemikirannya, gaya hidupnya, perangainya dan sebagainya..erm..kena study ni...at least dapat tau cara hidup mereka...kena byk buat observation, bercampur dengan mereka....erm...

lepas solat asar, kami membuat pemantauan di sekitar kawasannya...erm..banyak hal jugak kena diperbaiki keadaannya...mereka amat2 memerlukan sokongan dan bantuan, motivasi dari kita semua...mereka senang untuk di approach sebenarnya..cuma caranya berbeza cikit kot....erm..aku belajar something dari mereka...survival hidup yang tinggi..sebb mereka pernah tinggal dalam keadaan yang sangat susah...
salwa
Alhamdulillah masih mampu utk ku hirup segarnya udara ciptaanNYA...:-)

SURAT-MENYURAT
untuk tugasan hari ni aku stay at ofis je...kena siapkan surat..erm..nak buat surat ni bukan senang jugak..kena guna ayat yg formal...nk kena susun ayat...sebelum ni kalau nk tulis..campur aduk je..kadang2 bm + bi, guna ringkasan je..bila buat surat ni, memang kena formal...kena ikut formatnya...erm...mmg xlulus rasanya nk buat surat..ye la..dulunya blaja teori je...bila dah praktikal, lain je jadinya...erm..nasib baik la dapat trainer yg ok ( abang Mad la...sape lagi..hehe) dia yg meng edit surat...alhamdulillah semalam sempat siapkan surat penghargaan untuk diberikan kepada Encik Azman, Encik Ismail..orang yang memberi kerjasama bagi memudahkan projek amal ini....bila surat da settle, aku meng edit proposal Encik Faizir untuk perniagaan dadihnya...then, buat satu lagi surat sokongan untuk proposal my sweet dadih...erm..at last berjaya settle surat..yey, yey....

ONE MORE CASE
semalam sampai lewat kt bilik...bila da settle mengemas ape yang patut..roomate ajak borak kejap...biasala bila dapat rumate baru, kena berkenalan la sedikit sebanyak..Alhamdulillah, rumate baru semuanya ok..cuma aku x berkesempatan kenal lebih dekat...al-maklumla, mata asyik nk tertutup je...seawal mungkin aku nk lena...last2, aku minta diri untuk zzzz...hampir kul 11.30 aku rasa dah lena dah kot...tido yg lena..tiba2 dikejutkan dengan panggilan misteri pada pukul 2 pagi...aku yang mamai terus angkat telefon tanpa tengok pun sape yg cal...aku dengar suara esakan di hujung talian....oh...kawan aku rupanya...aku namakan dia IRA..ira cal aku menangis teresak2...xcakap ape2 pun..last2, mata aku yg ngantuk, fikiran yg mamai tadi, terus hilang...mata jadi segar bugar...kerana aku risau sangt dengan dia, nape dia sampai nagis teresak2....ada sesuatu yg buruk menimpanya kah...??bergaduh dengan seseorang kah..?? macam2 kemungkinan yg aku fikir...setelah dia reda sedikit aku bertanya, nape ira..?ada ape2 yg boleh sy tolong...?dia bgtau yang memang dia nk minta tolong dengar masalah dia yang agak rumit dan melibatkan nyawa seseorang...ya ALLAH..sampai melibatkan nyawa ni..kes ape ira...? Ira pun stat bercerita sambil diiringi esak tangis...untill the end...YA ALLAH...beratnya dugaanMu ya ALLAH untuk menguji imanku yang lemah ini ya ALLAH..hampir kul 4 pagi ira memutuskan talian setelah dia tenang dan ok sedikit...aku bagi sedikit kata2 semangat untuk Ira...moga2 Allah permudahkan urusan ira dalam mengharungi hidup....


salwa
ALHAMDULILLAH...aku masih dihidupkan lagi dan mampu menikmati nikmat-nikmat kurniaanNYA..ALHAMDULILLAH...begitu luasnya nikmat yang DIKAU kurniakan...:-)

MIHAS 2009

sabtu lepas, aku berkesempatan mengunjungi MIHAS 2009 di MATRADE...bertolak dari Terminal Putra ke stesen KL Central..sesampai di KL Central, kami menunggu bas charter untuk ke MIHAS 2009...lamanya menunggu untuk ke sana..hampir sejam jugak menunggu..akhirnya berjaya sampai jugak..wah..ramainya orang disana...p tgok orang je..macam2 ragam dan gaya, ada yg bawa keluarga, ada yang bawak mak ayah, ada yg bawak anak kecil dsb...ramainya orang...agak crowded..sempat jugak try makanan2 yg berkenan di hati..sedaaaaap....

RONDA-RONDA TASIK CAMPUS

petang semalam aku bersama kawan berjalan2 round tasik...tenangnya hati dan jiwa...melihat kehijauan bumi ciptaanNYA..udah lama x berjalan2 round campus...seronok jugak...tenang dan damainya...


salwa
ALHAMDULILLAH...ku masih diberikan nyawa olehNYA untuk meneruskan perjuangan kehidupan..

LAPORAN
tugasan hari ini, aku stay at ofis untuk menyiapkan saki baki tugas yang perlu di siapkan.rancangan untuk petang ni adalah untuk ke Flat Sri Pahang untuk mempromosikan dadih..
kami ke sana dalam pukul 3.45 pm..tempat untuk menjual dadih di buka pada pukul 4.30 pm..sengaja kami ke sana awal untuk membuat persiapan menjual dadih..kami menghadapi sedikit masalah tempat..kerana pada hari sabtu nanti dekat Flat Sri Pahang akan diadakan satu even..so, para AJK event sedang membuat persiapan..kanak2 tidak dibenarkan bermain di kawasan tersebut kerana kerja2 pemasangan khemah sedang dilakukan....

erm...to be continued...:-)
salwa
Alhamdulillah segarnya udara pagi ni...ALLAH swt bangkitkan ku dari tidur yg lena..:-) masih mampu untuk ke kecapi nikmatnya yang tidak terhingga...Alhamdulillah...

AQIQAH MUSLIM AID
Semalam, tugasan aku adalah untuk mempromosikan aqiqah muslim aid ini bertujuan untuk memberitahu public people untuk melaksanakan aqiqah adalah amat mudah dan senang...ia bertujuan membantu mereka yg ingin melaksanakan ibadah aqiqah tetapi mempunyai masa yg sangt limited..jadi antara salah satu cara melaksanakan ibadah aqiqah disamping membantu mereka yg kurang berkemampuan adalah dengan menyertai aqiqah muslim aid..untuk makluman lanjut, boleh lah menjengah ke laman blog aqiqah muslim aid.

AS-SABR
Antara projek lain,aku dan 2 orang kawan diberi tugasan untuk melaksanakan projek micro enterprise untuk membantu keluarga OKU memasarkan hasil mereka...sahabat2 dan rakan2 seperjuangan..untuk ini, kami memerlukan kekuatan mental dan ketabahan hati untuk deal dengan orang kurang upaya...untuk berhadapan dengan mereka, kita kena selami dan pelajari cara mereka berfikir, gaya hidup mereka, macamne emosi mereka...bila kita mempunyai knowlegde n tips how to deal with them..ia memudahkan proses interaction dengan mereka...ape yang penting, kesabaran dan ketabahan amat2lah diperlukan....:-) bersabarlah....kita xkan rugi sedikit pun jika kita bersabar...cuma nak didik hati untuk bersabar, ianya memerlukan kesungguhan...Sabar juga termasuk dalam erti istiqamah. Dengan lain kata,berterusan melakukan sesuatu tugasan atau usaha adalah sebahagian tanda bersabar. Banyak kejayaan hanya dicapai dengan melakukan secara berterusan.

Menurut pandangan Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, sabar membawa maksud menanggung segala kesukaran fizikal dan meneruskan usaha apa yang dilakukan. Sabar juga membawa makna menahan segala kehendak nafsu yang ada dalam diri manusia.

Memang perkataan sabar mudah disebut, tetapi sukar untuk dilaksanakan, melainkan orang yang teguh imannya. Setiap dugaan dan halangan perlu ditempuhi dengan reda dan penuh keinsafan. Setiap kesusahan yang dihadapi sudah pasti ada hikmahnya. Firman Allah bermaksud:

Hanya orang yang sabar akan disempurnakan pahalanya tanpa kiraan.”
(Surah az-Zumar, ayat 10).
salwa
APPROACH
Alhamdulillah..bersyukur padaMU ya ALLAH kerana memberi peluang buat diri ini untuk mengecapi nikmat sihat, nikmat kehidupan, dapat merasai segarnya udara yg ENGKAU anugerahkan..untuk laporan semalam, aku bersama Nisa ditugaskan untuk survey kiosk di Hospital Universiti (PPUM) bagi mendapat information untuk membantu Encik Faizir sekeluarga mendapatkan tempat untuk memasarkan dadih..Alhamdulillah.ALLAH swt memudahkan perjalanan kami dan urusan kami walaupun pada awalnya agak sukar jugak untuk approch owner kedai..almaklum la, xpandai nk approach..makna kata, Public relation x develop lagi..hehe..tapi, aku cuba mengumpul kekuatan untuk approach owner kiosk..Alhamdulillah dapat berjumpa dengan Managernya Cik ROSMALIZA...dia memeberi guidelines untuk proses application..sbbnya untuk memasarkan barangan di Hospital atau di mana2 sekalipun, beberapa perkara perlu ditapis seperti expired date untuk barangan tu, berapa beratnya dsb..kami mengucapkan jutaan terima kasih kpada Cik Rosmaliza atas kerjasama yg diberikan..

MINDA BERFIKIR
semasa mula2 diberi tugas untuk ke hospital, aku berfikir...macamne ni nk p hospital..aku ni orang yg paling takut untuk ke hospital..sakit sikit2 buat donow je...:-) aku bukan ape, aku takut dengan kemungkinan yg berlaku..macamne tiba2 ambulans yang membawa mangsa accident yg penuh dengan darah,kepala pecah, dan macam2 lagi lah yg bermain di fikiranku,ambulans tu berenti tepat2 di depan ku..terasa macam pengsan kt situ jugak rasanya...hehe.... tiba di perkarangan hospital aku tengok kiri dan kanan..ada pesakit yg patah tangan, patah kaki, berkerusi roda, lemah badannya...senyuman yg mereka ukirkan jugak terasa sgt hambar ( aku tau, dia sakit, nk senyum pun xlarat) di sudut hujung bangunan, ada yang menagis..sedangkan mereka dah dewasa..nape ya..??mungkin ada ahli keluarga dan orang yang tersayang yang sakit atau pun..erm...wallahu'alam..dalam memerhati mereka, di mindaku berfikir...Ya ALLAH...nikmatnya sihat..ENGKAU memberiku nikmat sihat..tapi mereka, mereka sakit..nak makan xde selera, emosi terjejas dsb...mungkin hari ini aku sihat..tapi esok lusa...wallahu'alam...moga2 ALLAH memberiku kesihatan yg baik untuk ku hadapi hari2 yg mendatang..

SAKIT DAN SIHAT
sakit jugak adalah salah satu tanda yang ALLAH swt sayang dan kasihkan kita..sebab ape...??nape bila ALLAH swt sayangkan kita, dia berikan kita sakit, bukan sihat...?? sebabnya sahabat2...kita akan menghargai nikmat SIHAT bila kita SAKIT..kita akan terasa YA ALLAH...alangkah bahagianya bila dapat berjalan tanpa menggunakan tongkat..dapat makan dengan selera, bermain bersama kawan2, bergembira dengan keluarga dsb...kita kan merasa semua nikmat tu, bila kita rasa SAKIT..percayalah sahabat2 semua, kita JARANG bersyukur bila kita dikurniakan dengan nikmat SIHAT...bila kita SAKIT..kita akan terasa semua nikmat2 di kala kita sihat...ALLAH SWT maha mengetahui tentang hamba2NYA..sebb itu diberinya kita KESAKITAN untuk kita MENSYUKURI NIKMATNYA KESIHATAN....disini, bukan saya meminta untuk sahabat2 memohon kepada kesakitan sbb bila sakit baru nk bersyukur..bukan itu maksud yang saya maksudkan...yg sy maksudkan..semasa kita SIHAT atau SAKIT...BERSYUKURLAH...sebabnya hya DIA yg Maha Mengetahui ape yang tidak ketahui...

PERINGATAN
Lantaran itu, ingin kuingatkan pada diriku dan sahabat-sahabat, hargailah kesihatan yang baik anugerah Allah ini. Dalam pada yang sama, usah dilupa pada yang sakit kerana kesihatan dan kesakitan adalah merupakan ujian pada diri ini. Usah fikir kesihatan anugerah Allah yang berterusan adalah lesen pada kita untuk merasa megah dan memandang rendah pada individu yang kurang sihat dan lemah.

Ya Allah, LINDUNGILAH diri ini dari perasaan riak pada kesihatan yang baik dan perbuatan berkeluh kesah bila diuji dengan kesakitan.....
salwa
Alhamdulillah kerana memberiku peluang untuk menghirup udaraNYA lagi...:-) untuk tugasan semalam, seharian aku stay at ofis menyiapkan tugasan yg x settle lagi....Alhamdulillah at the end...siap da untuk tugasan semalam..:-)

CEPATNYA MASA
bila direnung dan dihitung, masa sekarang dirasakan teramat cepat berlalu..terasa baru je melaporkan diri kt tempat practical ni...tgk2 dah masuk minggu ke-3 dah...cepatnya...erm..putaran masa semakin hari semakin cepat...teringat satu kata2.."al-wajibat akthar minal awqat" yg bermaksud, kewajipan atau tugasan lebih byk dari waktu yg kita ada...erm..bila memikirkan pasal masa atau waktu, ianya berkait rapat dengan nyawa kita...kenapa ya..?masa dan nyawa..?kenapa masa dikaitkan dgn nyawa bukan dengan harta atau sebagainya...??....:-)

ANUGERAH
Antara anugerah yg paling berharga dan nikmat yg x terhitung yg ALLAH SWT berikan untuk kita adalah NIKMAT NYAWA (hidup)..dengan nyawa yg diberikanNYA, kita mampu meneruskan kehidupan seharian sbgai hambaNYA. Nyawa ini sangat berharga kerana ia adalah “modal” untuk meraih keuntungan di dunia dan di akhirat. Untuk menghargai nyawa sbb itula kita disunatkan berdoa dengan doa ini selepas bangun dri tidur:

“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”

Doa ini secara langsung mengingatkan kita tentang nikmat hidup. nikmat hidup yg diberikan oleh ALLAH SWT teamat byk dan tidak terhitung..Tanpa nikmat hidup, kita tidak berpeluang untuk membuat kebaikan, meraih pahala dan seterusnya mendapat syurga.

TUAIAN

Ingatlah, hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya hari hari Akhirat. Kebaikan di akhirat tidak akan dapat diraih tanpa kehidupan di dunia kerana dunia ini adalah tempat untuk kita bercucuk tanam...ape?? bercucuk tanam...??sahabat2 sekalian, bukan bercucuk tanam sayuran atau buahan yg dimaksukan disini...bercucuk tanam disini merujuk kepada amal dan perbuatan kita( AMAL IBADAH). tanamlah sebanyak mana amal dan ibadah di dunia ini, dan TUAIANnya adalah di AKHIRAT nanti..beruntunglah buat mereka yg banyak menanam amal dan ibadah di dunia ini..dan alangkah ruginya bagi mereka yg tahu dunia ini adalah tempat sementara, tetapi tidak bersiap sedia untuk menghadapi tempat yang kekal selamanya..Justeru, sahabat2 sekalian, bersama2lah kita mengingatkan diri sendiri dan berpesan2 sesama kita...agar nyawa kita x dihabiskan dengan perkara yang sia2 dan melalaikan..isilah masa yang hnya tinggal beberapa saat dan detik ini untuk kita sama2 meraih cintaNYA dan redhaNYA..

salwa
alhamdulillah ALLAH SWT masih memanjangkan umurku dan memberiku kesihatan yg baik..
sudah 3 hari aku x update blog...mungkin kekekangan waktu yg teramat mencemburui...erm..sebenarnya time management memainkan peranan yg terpenting dalam menguruskan aktiviti harian...pada hari khamis lepas, aku just stay at ofis menyiapkan tugasan yg tertinggal...alhamdulillah da settle...posting kt forum, update blog..berjaya jgk post kt forum sbgaimana yg ditugaskan..walaupun pada mulanya rasa xmampu utk ku lakukan..tapi tu sebelum cuba...bila dah cuba,boleh je...sbb kadang2 kita xyakin dengan kemampuan diri, rasa susah la, rasa xmampu la, rasa x berjaya la..tu semua adalah bisikan2 lemah yg mampu melemahkan kita...dengan pertolonganNYA insyaallah kita mampu lakukan..

pada hari jumaat, semua orang stat bercuti sempena LABOUR DAY atau hari pekerja...wah bestnya cuti kan..dapat buat byk benda kt bilik...tapi aku kena korbankan sedkit waktu yg ada untuk membantu K.NOR (isteri Encik Faizir) menyiapkan dadih untuk event pada hari sabtu dengan ditemani K.Huda...2 orang kawanku ada keje...xdapat nk luangkan masa bersama..but, it's ok, luangkan masa untuk bantu memeka yg memerlukan,masa kita xkan rugi sedikit pun...alhamdulillah k.Huda sanggup meluangkan waktu bersama bg membantu...thanks k.Huda...seronok sgt dapat luangkan masa bersama keluarga ini..:-) masa tu, Encik Faizir keluar, ada keje katanya..tinggallah K.Nor,Ain n Firdaus (anak Encik Faizir), K.Huda n aku..K.Huda melayan telatah Ain n Firdaus manakala aku membantu K.Nor di dapur..erm...sepanjang perjalanan, dalam LRT pada hari jumaat amat lengang sekali...boleh di bilang dgn jari orang yg naik LRT...YA ALLAh...jika hari bekerja sama macam hari ni...alangkah seronoknya...

hari Sabtu, aku meluangkan masa dengan seorg adik ni, menemani dia menyiapkan tugasannya..sebenarnya adik ni mempunyai problem yg boleh di kira besar jgk..YA ALLAh...kurasakan x mampu menghadapi dugaanMU..tapi ku tahu YA ALLAH, ENGKAU x akan memberi ujian atau dugaan buat hambaMU sekiranya hambaMU xmampu menghadapi ujian itu..selama 3 jam,aku mendengar,memberi advice ape yg patut, mencadangkan solution utk adik ni..alhamdulillah at the end, dia yg pada mulanya xmampu utk mengukir senyuman kerana fikiran diserabutkan dengan masalah yg ada, mampu utk ukirkan senyuman...moga2 dia mendapat sesuatu dari ape yg dibincangkan...

hari ni,AHAD...aku kira hari yg agak memenatkan..sbb kena tukar bilik..aku ingatkan boleh nk stay kt bilik yg sama..tapi kena tukar bilik..bukan setakat bilik yg kena tukar..dengan block skali kena tukar..dari block aku ke block yg sebelah..terpaksalah mengemas dan memunggah barang2 ke block sebelah.."ya ALLAh sakitnya bahu mengusung barang2 walaupun xbyk sgt pun...xpe..ujian ni..org lain pun kena angkat barang2 jgk..byk plak tu...lagi penat..." hati kecilku berbisik.."
salwa
alhamdulillah Allah swt masih memberiku peluang untuk hidup di bumi ciptaanNYA lagi...segarnya udara pagi ni...:-)
utuk tugasan hari ni..kami kena settle ape yg x settle smlm...antaranya fax surat sokongan ke DBKL untuk lesen permohonan penjaja...alhamdulillah da settle..
untuk session petang, aku n kawan ke Flat Sri Pahang sbb ada session interview dgn Encik Mail (owner gerai kt Flat Sri Pahang) during interview session dengan Encik Mail, alhamdulillah Encik Mail memberi kerjasama yg memuaskan...
salwa
Alhamdulillah utk laporan arini....sy n ain berpagi-pagi ke rumah Encik Faizir utk dapatkan signature bg menguruskan permohonannya mendapatkan lesen...after meeting di ofis, kami bertolak ke DBKL utk urusan permohonan perniagaan bg pihak Encik Faizir...urusan ini dipermudahkan oleh Allah swt..alhamdulillah...:-) selesai urusan permohonan yg mengambil masa setengah jam lebih2 cikit, kami terus ke Menara Tun Razak di bahagian jabatan pengangkutan bandar utk dapatkan maklumat tntg gerai2 atau kiosk berhampiran bus stop...erm...byk jgk dapat maklumat setelah menemuramah 2 orang pegawai atasan...:-) bersambung....
salwa
erm...ape tu kekuatan jasad n rohani....?rohani tu nama orang kan...?hehehe...
saje nk hilangkan penat seharian berjalan2 cari ilham...ilham..??nama org lagi ke...??hehe..dalam konteks ni, ilham dan rohani bukan nama orng walaupun boleh digunakan utk merujuk kpd nama seseorg..kekuatan rohani adalah kekuatan dalaman dlm menghadapi ujian dan cabaran...mencari ilham plak...jalan2 cari idea...utk ape semua ni...??erm...dalam proses menghadapi tugasan2 practical...semua kekuatan ni diperlukan..:-) arini tugasan kami adalah at the field..deal dgn DBKL utk dapatkan tapak projek bagi keluarga Encik Faizir yg menghadapi ujian cacat penglihatan..alhamdulillah proses berjalan agak lancar walaupun terpaksa menghadapi hujan..perkara biasa la tu..ni belum pun nk p perang ni...hujan je pun..kalau basah, air je pun...bukan hujan peluru...:-) jika nk dibandingkan dgn sahabat2 kita di palestin yg setiap hari dihujani dgn hujan peluru...ya Allah...mmg patut sgt mensyukuri nikmat yg diperolehi...alhamdulillah utk tugasan arini..pada awlnya kami pergi ke site utk tgk kawasan2 yg mana sesuai utk tapak perniagaan Encik Faizir..dari stesen Universiti ke Pasar Seni, Central Market,Masjid Jamek dan laluan Masjid India...tgk2 kawasan...pastu kami ke DBKL utk urusan borang perniagaan bagi mendpatkan tapak..Alhamdulillah dgn pertolonganNYA, urusan ini berjalan lancar...erm...tugasan2 ini akan di sambung esok utk appointment dgn timbalan pengarah jabatan pengangkutan bandar kt Menara Tun Razak....byknya pengalaman yg dapat harini...pengalaman yg xkan boleh dijual beli kt mana2 kedai atau pasaraya...:-)
erm...nk rehatkan minda dulu..:-)
salwa
alhamdulillah..haari ini ku masih dapat mersakan denyutan nadiku dan sekali lagi Allah swt memberiku nyawa utk menghirup udaraNYA..nikmat Allah swt amat luas yg x terhingga...alhamdulillah...ari ni n esok cuti..byk jgk planning yg nk kena buat...settle keje yg mana x beres lagi...utk arini aku sempat menghabiskan masa dgn membaca buku yg bertajuk "manajemen kematian" karangan Khozin Abu Faqih...buku yg di pinjam dari kawan...buku ini byk memceritakan pasal kematian yg entah bila menghampiri kita...buku ini amat sesuai dibaca bagi mereka yang merindukan kematian mulia...sebagaimana kita tahu yg kematian bakal menjemput kita, xakan terlambat atau tercepat even sesaat pun...
alhamdulillah dapat jgk aku luangkan masa2 cuti dgn sesuatu y berfaedah...sbb masa itu sgt berharga...jika kita x isi masa dgn perkara2 yg berfaedah,mka masa yg ada itu bakal terisi dengan hal2 yg melekakan dan melalaikan...moga2 kita x tergolong dalam golongan yg x menghargai masa...
salwa

sekadar gambar hiasan


assalamualaikum...
alhamdulillah Allah swt masih memberiku nyawa...dan aku masih mampu utk menghirup segarnya udara ciptaan Allah swt...tugasan practical hari ini adalah utk mebuat dadih bersama k.nor (isteri En.Fadil)...alhamdulillah, berjaya jugak memasak dadih yg sedap...:-)
salwa
assalamualaikum...wbt.... :-)
erm...berita hari ini dan laporan semasa....hehehe skema je ayatnya...:-) 2nd day practical, i learn something new...erm..pengalaman yg sg berharga...dalam kul 11 pagi, kitaorng 3 sekawan dibawa utk satu lawatan mahabbah..kemana destinasinya...??erm...Flet Sri Pahang...ape yg ada kt situ...?? rupa2nya..di Flet Sri Pahang, kitaorg dibawa utk berjumpa dgn satu keluarga OKU yg cacat penglihatan...Encik Fadhil dan isteri,K.Nor,serta 2 orang anak, Firdaus dan Ain..semangat diaorang utk survive in this life sgt2 mengagumkan aku...ye la..mereka sgt2 bersemangat utk mencari peluang pekerjaan yg boleh memberi mereka income yg berterusan..dgn income tersebut mereka mampu meneruskan hidup tanpa bergantung sepenuhnya pada org lain...
ya Allah...Kau permudahkanlah urusan ini agar keluarga ini mampu utk survive dalam hidup ini sebagai khalifahMu dengan ketenangan dan kebahagiaan...
salwa
Assalamualaikum....wbt..
macamne nk mula ya...?1st post ni...erm...1st think 1st thanks kpd YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA kerana sudi menerima diri ini...
kami di beri briefing tentang 3 PROJEK MEGA..:-) yg perlu disiapkan dalam masa sebulan...erm...camne ni...??INSYAALLAH...mampu disiapkan dgn kekuatan, sokongan,kerjasama dan bimbingan dari rakan seperjuangan dan juga staff2 MAA...chayok2...
3PROJEK ya....
1.blog AQIQAh-tugasan membuat, menyiapkan dan mempromosikan blog yg berkaitan dgn aqiqah...
2.program bersama OKU (keluarga En.Fadil)-membantu En.Fadil sekeluarga mendapatkan tempat dan mempromosikan jualan dadih...
3.SAHABAT AMAL-link dgn syarikat2 kecil...

erm...dah ngantuknya...rehat minda dulu...mencari kekuatan utk menempuhi hari esok..insyaALLAH moga2 diberi peluang olehNYA utk menghirup udara ciptaanNYA lagi...