salwa
Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuhNan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa

Engkau sedia maklum,Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yg diimpi,
Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangijuga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,Temanmu ar-rijal juga begitu..
Tetapi temanku an-nisa

Ketahuilah engkau,Bercinta itu fitrah,
Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinyaKeranaNya,Engkau tak kan bisa,Melunakkan soutul engkau,Engkau tidak kan bisa,Melemparkan panahan menggodamu,Kerana engkau tahu,Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!Dan engkau mengetahui,Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,Namun nafsu itu sentiasa beraja,Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsuitu,Nafsu raja yg menggila!Kerana engkau tahu sahabatku an nisaDia kan terjerumus ke dlm api yg membaraAndai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,Cintailah ia keranaNya,Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,Engkau tidakkan bisa,Mengajaknya bermukah di taman sepi,Kerana engkau tahu,Dia punya 9 nafsu, 1 akal,Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?Andai engkau mengasihinya kranaNya,Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yg ringan-ringan,Kerana engkau tahu,Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?Zina tempatnya di api yg menjunam?Apakah engkau benar mengasihinya,Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa...

Sahabatku ar-rijal...
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?Bercinta tak salah,Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..Sedikit cuma..
Andai Dia yg engkau dahului,Engkau takkan gelisah,

Andai dia tidak mengirim sebarang sms,Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupamengatakan I love you.Kerana engkau percaya..DIA yg terbaik..

Lantaran DIA yg terbaik DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,
Dan andai dia yg terbaik untukmu,DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yg terbaik buat kalianKalau ada jodoh tak ke mana..Yakinlah!Apakah benar engkau meyakini takdirNya?


Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,
Aku menegur yg mana mampu,Kerana aku takut,Andai aku tidak menegurmu,Kita kan sama2 meredah lautan api,,,Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!Nauzubillah min zalik

Sama2lah teman

Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepasCintailah IA,Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA..
Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.ALLAHualam.

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dlm hatimu,Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kpdNYAEngkau akan gelisah andai DIATidak mendengar rintihanMu,Engkau kan rinduAndai DIA tidak memandangmu,Engkau kan tak keruan andaiDoamu ditolak..Dan itulah cinta hakiki..Kerana engkau yakinDi sana adanya sebuahPertemuan di taman Syurga yg Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..Dan Engkau akan merasakanErti bercinta yg sebenarInsya ALLAH!!


Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment