salwa
SALAM...SAJE KONGSI KEINDAHAN BUNGA CIPTAAN ALLAH SWT :-)
LAWA DAN CANTIK KAN...SUBHANALLAH....



BUNGA SAKURA
MAWAR PUTIH :-)
MAWAR PINK






RENUNGKANLAH CIPTAAN NYA...:-)

























salwa
Assalamualaikum..wbt..

Alhamdulillah,syukur padaNYA kerana diri ini masih diberi nikmat iman dan Islam...dan masih boleh menghirup segarnya udara pagi..
semester baru bermula...diperkenalkan dengan madah2 baru...just for sharing moment:


1. SOCA 4540 : ISLAMIC PERSPECTIVE OF SOCIOLOGY AND ANTHROPOLOGY
~lecturer memberi gambaran ringkas untuk subject ni..:-) secara ringkasnya, subjek ni lebih kepada islamization of knowlegde..sebabnya banyak ilmu yang belajar dari western perspective..jadi amat penting bagi kita untuk tahu kedua2 ilmu ni..Prof bagi sedikit lecture n saya nk kongsikan bersama.ilmu adalah sesuatu yang kita dapat bilamana dengan adanya ilmu ia dapat memebetulkan sesuatu yang x betul..cthnya bila kita ada ilmu memasak..kita mampu memasak dengan sedap dan enak..hehe just contoh..kalau kita xde ilmu untuk memasak, usahkan nak memasak..nk memegang sudip pun xbetul..

~subjek ni juga ada berkaitan dengan ilmu sains.ilmu sains terbahagi kepada natural science n human sciences..natural sciences lebih kepada ilmu yang berkaitan dengan kaian saintifik..cthnya camne nak buat kapal terbang, nak buat alat2 teknologi dsb..many people use to think that if natural sciences cab built aeroplane, computer, ant other technological devices in the world..how about human sciences??what are the things that they used to develop???erm...ape ya...?actually, human sciences is the most important aspect that people have to know it..because human sciences deal with human being...maksudnya fokus sains kemanusiaan adalah insan, manusia dan seumpama dengannya..untuk ape..???sekiranya modern societies belajar human sciences untuk develop society in material aspect but in ISLAM...ilmu sains kemanusiaan adalah untuk mendekatkan diri manusia sebagai khalifah Allah swt..untuk menjadi the real servant of Allah swt...TO KNOW THE REAL PURPOSE OF LIFE WHICH CONCERN WITH BOTH SPIRITUAL & MATERIAL ASPECTS.
salwa
Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuhNan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa

Engkau sedia maklum,Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yg diimpi,
Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangijuga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,Temanmu ar-rijal juga begitu..
Tetapi temanku an-nisa

Ketahuilah engkau,Bercinta itu fitrah,
Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinyaKeranaNya,Engkau tak kan bisa,Melunakkan soutul engkau,Engkau tidak kan bisa,Melemparkan panahan menggodamu,Kerana engkau tahu,Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!Dan engkau mengetahui,Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,Namun nafsu itu sentiasa beraja,Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsuitu,Nafsu raja yg menggila!Kerana engkau tahu sahabatku an nisaDia kan terjerumus ke dlm api yg membaraAndai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,Cintailah ia keranaNya,Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,Engkau tidakkan bisa,Mengajaknya bermukah di taman sepi,Kerana engkau tahu,Dia punya 9 nafsu, 1 akal,Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?Andai engkau mengasihinya kranaNya,Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yg ringan-ringan,Kerana engkau tahu,Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?Zina tempatnya di api yg menjunam?Apakah engkau benar mengasihinya,Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa...

Sahabatku ar-rijal...
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?Bercinta tak salah,Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..Sedikit cuma..
Andai Dia yg engkau dahului,Engkau takkan gelisah,

Andai dia tidak mengirim sebarang sms,Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupamengatakan I love you.Kerana engkau percaya..DIA yg terbaik..

Lantaran DIA yg terbaik DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,
Dan andai dia yg terbaik untukmu,DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yg terbaik buat kalianKalau ada jodoh tak ke mana..Yakinlah!Apakah benar engkau meyakini takdirNya?


Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,
Aku menegur yg mana mampu,Kerana aku takut,Andai aku tidak menegurmu,Kita kan sama2 meredah lautan api,,,Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!Nauzubillah min zalik

Sama2lah teman

Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepasCintailah IA,Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA..
Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.ALLAHualam.

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dlm hatimu,Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kpdNYAEngkau akan gelisah andai DIATidak mendengar rintihanMu,Engkau kan rinduAndai DIA tidak memandangmu,Engkau kan tak keruan andaiDoamu ditolak..Dan itulah cinta hakiki..Kerana engkau yakinDi sana adanya sebuahPertemuan di taman Syurga yg Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..Dan Engkau akan merasakanErti bercinta yg sebenarInsya ALLAH!!


Labels: 0 comments | | edit post
salwa
salam..sahabat-sahabat seperjuangan..
cerita yang kedua berkaitan dengan putaran kehidupan yang mesti ditempuhi oleh insan yang bertuah yang dipilih olehNYA..erm...bermulalah alkisah..hehe
disuatu petang yang damai..macam intro ape plak..suatu ptg, aku berjumpa dengan seorang kawan..sedih je muka dia..macam ada sesuatu yang dipendamnya..aku bertanya..ada ape2 yang boleh ditolong..?dia tersenyum hambar..erm..ada problem rupanya...time2 exam biasalah, stress cikit katanya..dia start meluahkan rasa yang terbuku..erm..rupa2nya masalah dia adalah disebabkan expectation daripada family yg terlalu menginginkan anaknya berjaya dalam pelajaran rupanya..yang bejaya dapatkan CGPA 4.0..tapi anaknya bukan yang macam parents inginkan..bukan dia x usaha untuk dapatkan...tapi x dapat nak wat camne..dalam keluarganya, semua berjaya..adik beradik semua dapat best award at the university..sedangkan dia hanya dapat maintain dalam lingkungan CGPA 2.---je..dia rasa tertekan yang amat sangat..dia rasa macam diri xberguna untuk family..erm..semangat dia untuk study hilang..tertekan dan ditambah dengan beberapa masalah yang lain..dugaan untuknya..sebenarnya time-time exam macamni..dia memerlukan seorang teman untuk diluahkan masalah yang terbuku dihati..alhamdulillah setelah meluahkan, dia kelihatan ok cikit..walaupun time bercerita sedu sedan dia nangis...memang perempuan sukar di pisahkan dengan airmata :-) sebenarnya dalam hal ni, conflict happens diantara dirinya dan expectation from parents..dia kena kuatkan semangatnya untuk cuba lagi yang terbaik..sekiranya xdapat jugak..berserah..concept usaha + tawakkal sangat penting dalam hal ni..dan keupayaan dia menerangkan kepada parents..
sabar ya sahabat dalam hadapi dugaan ni..moga2 ALLAH tabahkan hati awk...:-)
salwa
ya ALLAH, bersyukur aku masih lagi diberi nafas menghirup segarnya udara ciptaanMU udah lama rasanya x menulis di blog ni..erm..nak kata sibuk, xdela sangat..kesibukan yang sementara....

pejam celik, pejam lagi dan celik lagi..begitulah peranan mata hingga tibalah waktu dan saatnya akan dipejam selama2nya...hya DIA yg Maha Mengetahui bila masa dan ketikanya..lebih kurang 3 minggu musim exam, semua kawan2 mengadu..tension nya..penatnya..stressnya...erm..sabar ya sahabat2..kejap je ujian ni..ni belum lagi ujian dariNYA...insyaALLAH..kita sama2 buat yg terbaik ya..

dalam musim exam la byk ujian mendatang, dugaan yg perlu ditempuhi..dah pun namanya ujian dan dugaaan..baru-baru ni, kawan lama call bertanya kabar..terkejut jugak dengar kabar dari dia..dia dicaci dan dihina bagaikan kain buruk macam orang xde hati dan perasaan oleh teman-teman sendiri.."sy pun ada hati dan perasaan,sy tahu walaupun saya cacat, tapi sy ada hati dan perasaan jugak sama macam orang normal"..luahnya diselang seli dengan tangisan..ya ALLAH, DIKAU tabahkan hatinya ya ALLAH...dia pun in the period of examination..tapi xdapat nak concentrate pada study dengan problem yg macam ni..mungkin pada pembaca menganggap problem ni adalah yg biasa-biasa je, xberat pun, normal la..tetapi bila kita letakkan diri pada situasi dia dan faham perjalanan hidup dia..agak berat masalah dia..sampaikan dia sendiri buat pengakuan dah xnak hadapi hidup, mati lebih senang..ya ALLAH, KAU peliharalah iman dia, agar x tersasar ya ALLAH..biasalah, perempuan bila sedih, cepat aje dia nangis dan fikir yang bukan-bukan..dan kadang-kadang dengan tangisan dan luahan, mampu release kan tekanan dan problem yang dia hadapi..erm..dah dapat kata motivasi dan semangat sikit, ok lah dia..disinilah pentingnya peranan kawan dan sahabat menemani..moga2 ALLAH tabahkan hatinya dalam meneruskan kehdupan ari esok..insyaALLAH..

the 2nd story..erm..insyaALLAH akan datang...

SALAMUNNAJAH N SALAM IMTIHAN SAHABAT2 PERJUANGAN...
MAAFKAN DIRI INI ATAS SILAP DAN SALAH...
salwa

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal

think about it..:-)
Labels: 0 comments | | edit post
salwa
Duhai Gadis …

Gadisku… sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu, namun … tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!! duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku… aku suka kau sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt… hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’, bibirmu dengan tilawatilqur’ an dan zirullah, matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan langit, telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan ma’rifat kepadaNya, akalmu tafakkur dan tadabbur setiap bait2 Kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Wajhullah Taala…

Iangatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya dengan pandangan nfsu dan syahwat melainkan bertambahnya keiamanan salah seorang antara mereka. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah… umpama mutiara yang di dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…

Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insane yang bernama Adam. Namun …. ianya memerlukan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi title gadis yang kau miliki, sudah pasti darah mudamu mencaar rasa keimanan yang ada.

Maka ingatlah wahai gadisku bahawa sesiapa yang ingkarkan kebaikan maka Allah akan memudahkan jalan2ke arah itu, yang penting engkau mesti berharap hanya kepada Allah dan istiqamah dalam riadhah mujahadah dirimu itu.

Gadisku… aku adalah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan kaum lelaki… seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu… sesungguhnya Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita”.