salwa
APPROACH
Alhamdulillah..bersyukur padaMU ya ALLAH kerana memberi peluang buat diri ini untuk mengecapi nikmat sihat, nikmat kehidupan, dapat merasai segarnya udara yg ENGKAU anugerahkan..untuk laporan semalam, aku bersama Nisa ditugaskan untuk survey kiosk di Hospital Universiti (PPUM) bagi mendapat information untuk membantu Encik Faizir sekeluarga mendapatkan tempat untuk memasarkan dadih..Alhamdulillah.ALLAH swt memudahkan perjalanan kami dan urusan kami walaupun pada awalnya agak sukar jugak untuk approch owner kedai..almaklum la, xpandai nk approach..makna kata, Public relation x develop lagi..hehe..tapi, aku cuba mengumpul kekuatan untuk approach owner kiosk..Alhamdulillah dapat berjumpa dengan Managernya Cik ROSMALIZA...dia memeberi guidelines untuk proses application..sbbnya untuk memasarkan barangan di Hospital atau di mana2 sekalipun, beberapa perkara perlu ditapis seperti expired date untuk barangan tu, berapa beratnya dsb..kami mengucapkan jutaan terima kasih kpada Cik Rosmaliza atas kerjasama yg diberikan..

MINDA BERFIKIR
semasa mula2 diberi tugas untuk ke hospital, aku berfikir...macamne ni nk p hospital..aku ni orang yg paling takut untuk ke hospital..sakit sikit2 buat donow je...:-) aku bukan ape, aku takut dengan kemungkinan yg berlaku..macamne tiba2 ambulans yang membawa mangsa accident yg penuh dengan darah,kepala pecah, dan macam2 lagi lah yg bermain di fikiranku,ambulans tu berenti tepat2 di depan ku..terasa macam pengsan kt situ jugak rasanya...hehe.... tiba di perkarangan hospital aku tengok kiri dan kanan..ada pesakit yg patah tangan, patah kaki, berkerusi roda, lemah badannya...senyuman yg mereka ukirkan jugak terasa sgt hambar ( aku tau, dia sakit, nk senyum pun xlarat) di sudut hujung bangunan, ada yang menagis..sedangkan mereka dah dewasa..nape ya..??mungkin ada ahli keluarga dan orang yang tersayang yang sakit atau pun..erm...wallahu'alam..dalam memerhati mereka, di mindaku berfikir...Ya ALLAH...nikmatnya sihat..ENGKAU memberiku nikmat sihat..tapi mereka, mereka sakit..nak makan xde selera, emosi terjejas dsb...mungkin hari ini aku sihat..tapi esok lusa...wallahu'alam...moga2 ALLAH memberiku kesihatan yg baik untuk ku hadapi hari2 yg mendatang..

SAKIT DAN SIHAT
sakit jugak adalah salah satu tanda yang ALLAH swt sayang dan kasihkan kita..sebab ape...??nape bila ALLAH swt sayangkan kita, dia berikan kita sakit, bukan sihat...?? sebabnya sahabat2...kita akan menghargai nikmat SIHAT bila kita SAKIT..kita akan terasa YA ALLAH...alangkah bahagianya bila dapat berjalan tanpa menggunakan tongkat..dapat makan dengan selera, bermain bersama kawan2, bergembira dengan keluarga dsb...kita kan merasa semua nikmat tu, bila kita rasa SAKIT..percayalah sahabat2 semua, kita JARANG bersyukur bila kita dikurniakan dengan nikmat SIHAT...bila kita SAKIT..kita akan terasa semua nikmat2 di kala kita sihat...ALLAH SWT maha mengetahui tentang hamba2NYA..sebb itu diberinya kita KESAKITAN untuk kita MENSYUKURI NIKMATNYA KESIHATAN....disini, bukan saya meminta untuk sahabat2 memohon kepada kesakitan sbb bila sakit baru nk bersyukur..bukan itu maksud yang saya maksudkan...yg sy maksudkan..semasa kita SIHAT atau SAKIT...BERSYUKURLAH...sebabnya hya DIA yg Maha Mengetahui ape yang tidak ketahui...

PERINGATAN
Lantaran itu, ingin kuingatkan pada diriku dan sahabat-sahabat, hargailah kesihatan yang baik anugerah Allah ini. Dalam pada yang sama, usah dilupa pada yang sakit kerana kesihatan dan kesakitan adalah merupakan ujian pada diri ini. Usah fikir kesihatan anugerah Allah yang berterusan adalah lesen pada kita untuk merasa megah dan memandang rendah pada individu yang kurang sihat dan lemah.

Ya Allah, LINDUNGILAH diri ini dari perasaan riak pada kesihatan yang baik dan perbuatan berkeluh kesah bila diuji dengan kesakitan.....
0 Responses

Post a Comment